ASSALAMUALAIKUM...

Dibawakan khas oleh NISA’ MPM 08/09


Selamat Datang..Ahlan Wahsahlan..Welcome


Kami Menerima Sebarang Cadangan&Pendapat Daripada Semua


Terima Kasih Kerana Mengunjugi Blog Ini

"Keunggulan Al-Quran Merintis Muslimah Berilmu" NISA’ MPMKUIS 08/09

program terkini

Posted by NISA' (MPM) | | Posted On Saturday, December 5, 2009 at 12/05/2009 06:02:00 PM



( klink gambar untuk paparan lebih jelas )

PERTUKARAN TEMPAT HIMSIS

Posted by NISA' (MPM) | | Posted On Sunday, November 8, 2009 at 11/08/2009 04:39:00 PM

Assalamualaikum... makluman.. pertukaran tempat HIMSIS

Tempat : PKK

Masa : 8.45 malam

Hari : SELASA

Tarikh : 10.11.09

Sila sebarkan pada yang lain.sekian,terima kasih.

Antara Kemelut GMS ; Harga Yuran Semakin Meningkat ?

Posted by NISA' (MPM) | | Posted On at 11/08/2009 04:02:00 PM



Kewujudan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) yang kini menjadi bualan hangat, tidak kira di dalam mahupun di luar kampus sedikit sebanyak mengelirukan segelintir mahasiswa. Ada menyokong, dan ada yang membantah. Ada yang mengatakan ia badan yang ditubuhkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa.

Antara sebab kenyataan tersebut dikeluarkan adalah melihat keterlibatan Timbalan Presiden MPM saudara Akram Ikrami Taib Azamudden dalam gerakan ini. Pelbagai andaian dibuat, dan sememangnya MPM KUIS tidak terlibat dalam gerakan ini. Keterlibatan Timbalan Presiden MPM adalah merupakan satu tindakan yang bersifat individu tanpa mengaitkan dengan mana-mana pihak. Tetapi mengapa beliau berbuat demikian?

Walaupun saya tidak lagi menerajui badan tertinggi tersebut, sememangnya saya amat berterima kasih kepada beberapa orang mahasiswa yang sering memberikan maklumat tentang isu politik di kampus. Dan yang terbaru ini adalah berkenaan GMS yang sering disebut-sebut sebagai pejuang kebajikan mahasiswa.

Puluhan blog sudah saya layari, dan melihatkan ada memberi hujahan tanpa fakta, dan ada yang bersifat melulu beremosi mungkin. Berita Harian dan TV3 turut tidak terlepas daripada membuat ulasan dalam kejadian demonstrasi yang dilakukan GMS. Gerakan ini telah memainkan isu harga yuran yang semakin meningkat. Dan meminta pihak pengurusan KUIS mempertimbangkan supaya ia dapat diturunkan.

Soal penurunan harga yuran KUIS kepada berapa peratus? Saya kurang pasti. Saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan kerana tidak mempunyai fakta. Saya juga tidak mengetahui kandungan memorandum yang diserahkan kepada Dato’ Rektor. Saya percaya GMS telah melakukan satu tindakan drastik yang menyebabkan pengurusan tidak senang duduk.




Persoalan ; Mengapakah Timbalan Presiden MPM terlibat dengan GMS ?

Jika ditanya kepada saya, mengapa perlu dipersoalkan keterlibatan saudara Akram Ikrami. Bukankah saya sudah meletakkan ia bersifat individu?

Semasa saya memegang tampuk kepimpinan MPM 07/08 bersama pimpinan Mohd Rasyidi Ali, Mohd Ariff Abd Sarip dan lain-lain lagi terdapat beberapa isu yang dapat ditimbulkan. Kalau ada sesiapa masih ingat lagi satu edaran risalah telah dilakukan pada sekitar bulan Jun 2008. Antara kandungan adalah harga yuran yang semakin mahal. Isu tersebut telah mendapat respon daripada pihak KOSMO sehingga kami dipanggil oleh pihak pengurusan.

Setelah membuat perbincangan secara tertutup bersama Timbalan Rektor dan JPM dan akhirnya sebulat suara membentuk satu jawatankuasa yang dinamakan Majlis Permuafakatan Perwakilan Mahasiswa KUIS (MUAFAKAT). Suka saya bertanya, sejauh manakah mahasiswa KUIS sedar kewujudan MUAFAKAT ini? Persoalan ini saya fokuskan kepada ahli GMS terutamanya. Kerana ia dilakukan bukanlah secara berdemonstrasi tetapi secara rundingan. Saya kurang pasti adakah MUAFAKAT ini masih diteruskan? Itu kena tanya pada Presiden MPM KUIS 08/09.

MPM KUIS 07/08 telah menghadiri persidangan MUAFAKAT sebanyak dua kali iaitu pada 25 Julai 2009 dan 29 Ogos 2009. Persidangan ini diadakan di Banquet Hall First Cafe dan Bilik Galeri KUIS. Dan untuk makluman, persidangan ini bukanlah hanya dihadiri oleh Timbalan Rektor sahaja tetapi oleh semua pihak pengurusan.

Antaranya Timbalan Rektor, Pegawai Khas Rektor, Timbalan-timbalan Dekan Fakulti, Pengurus-pengurus Jabatan, dan Dekan JPM. Jika dilihat ia dihadiri hanpir 99% pengurusan tertinggi di KUIS. Pihak MPM KUIS 07/08 telah membuat satu dokumen resolusi yang mengandui beberapa usul. Antaranya aduan mahasiswa tentang kenaikan yuran, kadar caj elektrik yang terlalu mahal, kadar yuran asrama yang terlalu membebankan dan lain-lain lagi.

Pembentangan usul ini dilakukan oleh Presiden MPM KUIS 07/08 Mohd Rasyidi Ali pada 25 Julai 2008. Dan untuk makluman juga, sebelum pembentangan usul dilakukan, pihak MPM KUIS 07/08 telah mengadakan persidangan khas bersama Majlis Perwakilan Qaryah bertujuan menyemak semula isu-isu yang perlu dimasukkan ke dalam dokumen rasmi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa sebarang permasalahan.

Ingin saya petik daripada keratan akhbar tentang kenyataan Presiden GMS Ahmad Syafiq Akmal.

“Kami harap kolej mempertimbangkan menurunkan yuran bagi pengajian diploma sehingga 15% manakala pengajian sarjana muda 10 peratus”


Ahmad Syafiq mendakwa bantahan diadakan selepas rundingan yang diadakan pengurusan kolej sejak 2006 menemui jalan buntu.

Saya betul-betul terkejut dengan kenyataan tersebut. Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Namun kenyataan tersebut secara jelas dan nyata bertentangan dengan fakta berdasarkan Pekeliling Pejabat Bendahari Bil 4/2008 yang bertarikh 11 Ogos 2009.

Usul pihak MPM KUIS 07/08 pada 25 Julai 2009 berkenaan kenaikan yuran telah dibahaskan. Pihak Pengurusan yang dipengerusikan oleh Timbalan Rektor Ustaz Mohd Khairi Bin Hj Husin bersetuju membawa usul ini di bawa pula ke mesyuarat khas bersama pengurusan tertinggi.

Pada 11 Ogos 2009, Pihak MPM KUIS 07/08 telah dimaklumkan bahawa usul kami telah diluluskan. Namun sedikit syarat dikenakan iaitu penurunan yuran pengajian berlaku kepada pelajar yang mendapat GPA 2.70 ke atas sehingga mencapai 15%. Kenyataan saya ini berdasarkan bukti dokumen rasmi Resolusi MPM KUIS 07/08 dan Pekeliling Pejabat Bendahari Bil 4/2008 yang bertarikh 11 Ogos 2009.
Persoalan ; Mengapa GMS ditubuhkan sedangkan Majlis Permuafakatan Perwakilan Mahasiswa KUIS telah wujud?

Dijelaskan di sini, ahli jawatankuasa MUAFAKAT bukan hanya terdiri daripada MPM sahaja, malah ia termasuk kepada pihak pengurusan tertinggi dan pimpinan Majlis Perwakilan Qaryah (Kolej Kediaman). Dan kenyataan saya bukanlah bersifat mengaibkan sesetengah individu. Namun sepanjang proses perbahasan, jika ada di antara kami mahupun pihak pengurusan yang bersifat sambil lewa sudah pasti dimarahi.

Saya masih ingat lagi ada satu jabatan yang gagal menyiapkan suatu dokumen untuk dibentangkan kepada majlis MUAFAKAT. Akhirnya beliau dimarahi oleh pengurusan tertinggi di hadapan kami. Sedikit terkejut, namun itulah realiti sebenar yang pernah dilalui.

Setakat ini, saya masih tidak mendapat sebarang maklumbalas daripada Timbalan Presiden MPM KUIS 08/09 Saudara Akram Ikrami berhubung perkara ini. Saya tidak mempersoalkan kredibiliti beliau sebagai seorang ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa, namun mengapa beliau menyokong tindakan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS).




Bukankah MPM KUIS selaku badan tertinggi mempunyai saluran yang betul? Mungkin ada di antara kita yang ‘malas’ mahu berurusan dengan pihak atasan atas alasan ia sekadar melepaskan batuk ditangga. Itulah yang perlu kita hadapi, karenah birokrasi sesuatu jabatan memang sentiasa berlaku sama ada di badan kerajaan mahupun bukan bukan kerajaan.

Tindakan GMS membuat demonstrasi telah menyebabkan KUIS mendapat liputan meluas termasuk akhbar dan stesen TV3. Kesan daripada itu, saya telah dimaklumkan ramai pelajar telah menghadapi kesukaran mendapatkan tempat latihan praktikal. Dan tidak cukup itu lagi, permohonan mereka terus ditolak. Lantaran itu, saya difahamkan ada beberapa mahasiswa mula kecewa dengan tindakan GMS berhubung dengan perkara ini.

Saya mohon kepada sesiapa datangkan kepada saya “statement” yuran pengajian bagi IPTS di Malaysia. Terima kasih.

*Kenyataan saya berdasarkan fakta dan tidak menyokong mana-mana pihak.

Sekian.
http://myikhtiar.com

Sebab-sebab doa tidak diterima

Posted by NISA' (MPM) | | Posted On at 11/08/2009 03:34:00 PM


Antara sebab doa seseorang ditolak ialah kerana hatinya yang buta disebabkan sepuluh perkara :

1. Mengenali ALLAH, tetapi tidak menunaikan suruhan-Nya.

2. Mengatakan cinta kepada Rasul ALLAH, tetapi meninggalkan sunahnya.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengannya.

4. Makan nikmat ALLAH, tetapi tidak bersyukur kepada-Nya

5. Mengatakan syaitan musuhnya, tetapi tidak menentangnya.

6. Mengatakan syurga itu benar,tetapi tidak beramal untuknya.

7. Mengatakan neraka itu benar,tetapi tidak lari daripadanya.

8. Mengatakan mati itu benar, tetapi tidak bersedia untuknya.

9. Bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi melupakan keaiban diri sendiri.

10. Mengebumikan mayat-mayat (sahabat-sahabatnya) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.


|| EXCO MULTIMEDIA&SERANTA NISA' ||

Syarat-syarat berdoa

Posted by NISA' (MPM) | | Posted On at 11/08/2009 03:18:00 PM





1. Dalam keadaan berwuduk.
2. Dalam keadaan menutup aurat.
3. Menghadap ke kiblat.
4. Dalam keadaan khusyuk dan tawaduk.
5. Tidak tegesa-gesa.
6. Dimulai dengan memuji kebesaran ALLAH.
7. Kemudian berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAW.
8. Membaca doa itu dengan cara penuh harapan akan dikabulkan.
9. Diakhiri dengan selawat dan salam.
10. Seeloknya kita mengetahui isi dan makna doa itu.

TEKNIK KHUSYUK DALAM SOLAT

Posted by NISA' (MPM) | | Posted On at 11/08/2009 03:01:00 PM



Antara teknik untuk mendapat khusyuk dalam solat dan kemanisan beribadah ialah :
1. Sentisa melaksanakan solat berjemaah, (yang paling afdal ialah di masjid).
2. Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.
3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.
5. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengigati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.
6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak menghadap pembesar negeri.
7. Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran atau membimbangkan hati.
8. Mengigati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.
9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan ALLAH yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.
10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap ALLAH yang melihat segala gerak – geri kita.
11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.
12. Sebelum mengangkat takbir,membaca surah al-Nas,selawat atas Nabi SAW, istigfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.
13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat.
14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.
15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud.
16. Memastikan tidak ada gangguan dalam kawasan kita bersolat.
17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.

Salam Eid Mubarak.. Maaf Zahir Batin..

Posted by NISA' (MPM) | | Posted On Tuesday, September 22, 2009 at 9/22/2009 11:01:00 PM

Salam aidilfitri

Posted by NISA' (MPM) | | Posted On Monday, September 14, 2009 at 9/14/2009 10:09:00 PM

majlis brbuka&watikah prlantikan JKS sek.kebajikan& HEP MPM

Posted by NISA' (MPM) | | Posted On Monday, August 31, 2009 at 8/31/2009 02:30:00 AM

Majlis berbuka puasa & watikah perlantikan JKS sek. kebajikan & HEP MPM 08/09
Pada Sabtu..29/08/2009...Jemputan VIP yg hadir, antaranya Nasrul Izad Bin Mohd Isa (President MPM), Akram Ikrami Bin Taib Azamudden ( Deputy of President I MPM ) , Nur Tayyibah Az-Zahra Binti Syed Aboo Tahir (Deputy of President II MPM)...turut memeriahkan majlis,pihak penganjur turut menjemput mantan MPM, Ikhtiaruddin Bin Md Yasim (Vice President I MPM), Norsheela Binti Hj. Ahmad ( Deputy Secretary II MPM)...serta tetamu jemputan yang lain..Sekian..A.E.M&S NISA' MPMKUIS..

Hikmah Ramadhan حكمة رمضان

Posted by NISA' (MPM) | | Posted On Wednesday, August 26, 2009 at 8/26/2009 12:46:00 AM

Hikmah Ramadhan حكمة رمضان
Ramadhan adalah tamu yang sangat agung yang selalu dinanti dan ditunggu oleh kaum muslimin di seluruh dunia. Bulan Ramadhan memiliki banyak nama, diantaranya ialah:


1. Syahrut-Tarbiyah (Bulan Pendidikan) شهر التربية
Kenapa bulan Ramadhan disebut dengan Syahrul al-Tarbiyah/bulan pendidikan?
 Jawapannya: Kerana pada bulan ini kita dididik secara langsung oleh Allah SWT. Seperti makan pada waktunya sehingga kesihatan kita terjaga, mengatur waktu dalam kehidupan kita; bila waktu makan, bila waktu bekerja, bila waktu istirehat dan bila waktu ibadah.

2. Syahrul Jihad شهر الجهاد
Pada zaman Rasulullah s.a.w, peperangan banyak terjadi pada bulan Ramadhan dan telah dimenangi oleh kaum muslimin. Yang paling penting kita rasakan sekarang adalah kita berjihad melawan hawa nafsu sendiri, sehingga kita tetap bersungguh-sungguh menjalankan aktiviti kita.

3. Syahrul al-Qur'an شهر القرآن
Al-Qur'an diturunkan di bulan Ramadhan dan pada bulan ini sebaiknya kita banyak membaca dan mengkaji kandungan Al-Qur'an sehingga kita faham dan mengerti perintah Allah yang terkandung di dalamnya.

4. Syahrul Ukhuwah شهر الأخوة
Pada bulan ini kita merasakan sekali ukhuwah diantara kaum muslimin terjalin sangat erat dengan selalu berinteraksi di Masjid/Surau untuk melakukan solat berjamaah. Dan diantara tetangga juga saling mengantarkan makanan sehingga antara kaum muslimin terasa sekali kebersamaan dan kesatuan kita.

5. Syahrul Ibadah شهر العبادة
Bulan Ramadhan disebut juga dengan bulan ibadah kerana pada bulan ini kita banyak melakukan ibadah-ibadah sunnah disamping ibadah wajib seperti solat sunat Dhuha, Rawatib dan Tarawih ataupun Qiyamullail serta tadarus al-Qur'an.


http://www.hidayatullah.com/opini/93-hikmah-ramadhan.html. (Kiriman Abu Mahbub)

salam ramadhan drpd MPM kuis

Posted by NISA' (MPM) | | Posted On Tuesday, August 25, 2009 at 8/25/2009 01:31:00 AM


renungan bersama

Posted by NISA' (MPM) | | Posted On Sunday, August 23, 2009 at 8/23/2009 02:30:00 PM

ORGANISASI NISA'

Posted by NISA' (MPM) | | Posted On Saturday, August 22, 2009 at 8/22/2009 08:46:00 PM


ORGANISASI TERTINGGI NISA'

Welcome Ramadhan

Posted by NISA' (MPM) | | Posted On Saturday, August 15, 2009 at 8/15/2009 06:13:00 AM

Sedikit Renungan Buat Hawa...

Posted by NISA' (MPM) | Labels: | Posted On Friday, August 7, 2009 at 8/07/2009 03:43:00 PM


Pandanglah kata-kataku ini dengan pandangan kasihnya
seorang saudara terhadap saudara yang lain.

Renunglah dengan mata hatimu setulusnya.

Janganlah dek kerana peribadi burukku, menghalang dirimu melakukan yang
terbaik untuk dirimu sendiri dan demi keagungan agama Allah.

Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan
dan tinggalkan kata-kataku yang menyimpang daripada
landasan kebenaran.

Sahabatku...

Bermula hari ini binalah sebuah kehidupan baru.
Jadilah manusia berhati mulia dan tegakkanlah sinar keIslaman dalam dirimu,

Semoga nur Ilahi akan membening seluruh perjalanan hidupmu.

Duhai sahabat muslimahku...

Keremajaanmu menyegarkan pandangan, dan melimpahkan nyaman pada malam. Dengan keremajaanmu,

kau bisa sahaja menakluk dunia dalam lalai dan leka tanpa kesedaran.

Ingatlah, kau bukan dilahirkan sebagai
penggoda yang melekakan dunia.

Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka.

Kelembutan yang menghiasi gerak langkah dan lentuk tubuhmu bakal
menyaksikan kau cepat terdedah kepada bahaya dan
bahana maksiat.

Peliharalah keindahan yang kau miliki

Kerana Allah mengujimu dengan menerbitkan kau pada bentuk yang teramat
indah, halus dan sempurna.

Berhati-hatilah kerana sesungguhnya kaum Adam akan menilaimu

dengan pandangan yang luar biasa.

Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan.

Madu yang menitiskan sarinya meresapkan
manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara lembut sang gadis.

Elokkanlah nada suaramu dan perlahankan gema bahasamu.

Berhati-hatilah menggunakan lidahmu,

jangan sampai bibirmu menutur bait-bait tajam
yang akan menyakiti hati orang lain.

Fikirlah dengan akalmu sebelum bersuara dan pandanglah teman bicara.
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan,

yang bakal ditanggapi menyamai keindahan
yang kau miliki setanding dengan ketulusan peribadimu

Sahabat muslimahku..

Jagalah matamu kerana pandangan mata akan mengalir ke
hati dan terbiaslah sesuatu dari panahan syaitan durjana.

Jangan sesekali kau memandang mata lelaki
dengan sejenak renungan.

Jangan biarkan mereka mentafsirkan makna yang bukan kau mahukan.

Pandanglah tanpa memberi sebarang makna.

Rebahkan pandanganmu, renunglah setiap inci bumi,

nescaya kau berjaya menghindari dosa
yang cuba merapati mu.

Ukhti yang dikasihi..

Sesekali, mendongaklah ke langit dan lihatlah kerdipan bintang-bintang,

Nescaya akan kau temui berjuta keagungan ciptaan Rabbul A`lamin.

Betapa hidup ini berjalan di atas makna hikmah

dan terselindung daunan pengertian.

Hari-hari yang dilalui sebenarnya
menyembunyikan banyak hakikat dan makrifat.


Sedarlah,
Hidupmu ini hanyalah secebis daripada erti kehidupan.
Selamilah dasar hatimu dan berbisiklah pada diri.
Alangkah kosongnya jiwa, alangkah hinanya roh tanpa hiasan apa-apa.

Salutilah tubuhmu dengan iman.

Kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan.
Bersihkanlah hatimu, kemanisan iman sukar dikecapi
Tanpa janji Tuhan.

Jadilah seorang muslimah yang gemar merenung kejadian
yang berlaku dan memerhati hikmah dengan mata hati.
Muslimah sejati adalah mereka yang selalu berhikmah
dalam berkata-kata dan meletakkan perasaan rendah diri
sebagai asas mencari ketaqwaan.

Zuhud dalam pencarian dunia

dengan meletakkan tasawuf ke akhirat sebagai
pedoman serta melupakan sifat cintakan dunia yang berlebihan.

Serikandi muslimah sejati...

Alangkah baiknya di saat-saat kau dilanda musibah

Kau tega mengutip akar-akar kemelaratan

dan teguh mengukir senyum buat pengubat kerunsingan.

Tatkala kau dalam dilema permasalahan yang meruncing

serta kau berasa putus harap dengan dunia,

Maka sebutlah dan zikirlah berkali-kali ke hadrat Ilahi

Moga-moga kau bakal bertemu kedamaian.

Sucikan wajahmu dengan air wuduk dan

Basahkan matamu dengan airmata keinsafan.

Jangan, Jangan dan Jangan-Jangan

Posted by NISA' (MPM) | | Posted On Sunday, August 2, 2009 at 8/02/2009 02:33:00 PM


www.iluvislam.com
di forward : afdhal87

Jangan, jangan dan jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Jangan-jangan tertidur. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Jangan-jangan terbawa keluar najis, habis kotor seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah.
Makruh kerana ia membahayakan. Jangan-jangan sumbing bibir kita.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan-jangan berkongsi makan dengan cik lipas dan cik tikus.

Jangan tidur selepas subuh. Jangan-jangan rezeki kita di kebas orang.

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. Jangan-jangan yang kenyang nafsu semata-mata.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Jangan-jangan kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan-jangan kita dipandang tiga suku (tidak siuman)

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Jangan-jangan kita ternampak 'sesuatu'.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan
sesama manusia kalau memang kita bersalah.Jangan-jangan tidak sedar diri bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.Jangan-jangan sakit jiwa.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan-jangan fatamorgana sahaja.


Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan-jangan tiada nikmat rezeki untuk kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik.
Jangan-jangan menghilangkan kasih orang kepada kita

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan-jangan doa yang tak elok mereka pada kita termakbul pula.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan-jangan kita buta mata hati, tak nampak hakikat yang nyata.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)



Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah tiada.


Monolog Seorang Hamba

Posted by NISA' (MPM) | Labels: | Posted On Sunday, July 12, 2009 at 7/12/2009 10:59:00 AM




Saat aku masih di tanah itu,
Tika aku sudah bergelar perantau,
Terukir senyuman yang entah apa maknanya...

Seketika ku bermonolog,
Walau kadang tidak ku mengerti
Mengapa begini perjalanan hidupku,
Namun ku pasti ini terbaik buatku,
Kerna al-Khalid lebih memahami diriku,
Dari aku sendiri,
Kerna Dia Penciptaku..


Terukir lagi senyuman di bibir,
Onak duri sakit semalam,
Segalanya hanya ujian seketika,
Tanda kasih ar-Rahim buatku,
Mengingatkan aku tika lupa,
Mengejutkan aku tika lena,
Alhamdulillah tanda bersyukur...

Pandangan ku lempar jauh,
Terbayang kisah suka semalam,
Manis sehingga kini masih terasa,
Senyuman terukir lagi,
Tidak pernah putus rahmat yang Esa,
Sungguh aku bahagia,
Dipinjamkan mereka dalam hidupku,
Keluarga, teman setia, walau jauh beribu batu, hati kita tetap satu...

Ku tundukkan pandangan,
Ku renung batu-batu hitam di jalanan,
Terkenang hitam noda yang ku lakukan semalam,
Terhapus senyuman,
Sungguh aku hamba kerdil yang hina,
Tidak bisa lari dari dosa dan noda...

Ku hela panjang nafasku,
Ku lempar jauh-jauh pandanganku,
Allah masih meminjamkan aku usia,
Tiada guna hanya bersedih atas noda semalam,
Jika tiada disusuli taubat,
Jika tiada perubahan...

Sedarlah penawar,
Kehidupanmu di dunia hanya fana,
Yang kekal di akhirat sana,
Manfaatkanlah usia yang dipinjamkan ke jalanNya,
Oraklah langkah ke arah kebaikan,
Jauhilah kemungkaran,
Biarlah lembaran tahun ini lebih bermakna,
Usahalah mengejar nur hidayahNya,
Pasti kau akan lebih bahagia...

*Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah tiada.

halwa telinga