ASSALAMUALAIKUM...

Dibawakan khas oleh NISA’ MPM 08/09


Selamat Datang..Ahlan Wahsahlan..Welcome


Kami Menerima Sebarang Cadangan&Pendapat Daripada Semua


Terima Kasih Kerana Mengunjugi Blog Ini

"Keunggulan Al-Quran Merintis Muslimah Berilmu" NISA’ MPMKUIS 08/09

Sedikit Renungan Buat Hawa...

Posted by NISA' (MPM) | Labels: | Posted On Friday, August 7, 2009 at 8/07/2009 03:43:00 PM


Pandanglah kata-kataku ini dengan pandangan kasihnya
seorang saudara terhadap saudara yang lain.

Renunglah dengan mata hatimu setulusnya.

Janganlah dek kerana peribadi burukku, menghalang dirimu melakukan yang
terbaik untuk dirimu sendiri dan demi keagungan agama Allah.

Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan
dan tinggalkan kata-kataku yang menyimpang daripada
landasan kebenaran.

Sahabatku...

Bermula hari ini binalah sebuah kehidupan baru.
Jadilah manusia berhati mulia dan tegakkanlah sinar keIslaman dalam dirimu,

Semoga nur Ilahi akan membening seluruh perjalanan hidupmu.

Duhai sahabat muslimahku...

Keremajaanmu menyegarkan pandangan, dan melimpahkan nyaman pada malam. Dengan keremajaanmu,

kau bisa sahaja menakluk dunia dalam lalai dan leka tanpa kesedaran.

Ingatlah, kau bukan dilahirkan sebagai
penggoda yang melekakan dunia.

Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka.

Kelembutan yang menghiasi gerak langkah dan lentuk tubuhmu bakal
menyaksikan kau cepat terdedah kepada bahaya dan
bahana maksiat.

Peliharalah keindahan yang kau miliki

Kerana Allah mengujimu dengan menerbitkan kau pada bentuk yang teramat
indah, halus dan sempurna.

Berhati-hatilah kerana sesungguhnya kaum Adam akan menilaimu

dengan pandangan yang luar biasa.

Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan.

Madu yang menitiskan sarinya meresapkan
manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara lembut sang gadis.

Elokkanlah nada suaramu dan perlahankan gema bahasamu.

Berhati-hatilah menggunakan lidahmu,

jangan sampai bibirmu menutur bait-bait tajam
yang akan menyakiti hati orang lain.

Fikirlah dengan akalmu sebelum bersuara dan pandanglah teman bicara.
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan,

yang bakal ditanggapi menyamai keindahan
yang kau miliki setanding dengan ketulusan peribadimu

Sahabat muslimahku..

Jagalah matamu kerana pandangan mata akan mengalir ke
hati dan terbiaslah sesuatu dari panahan syaitan durjana.

Jangan sesekali kau memandang mata lelaki
dengan sejenak renungan.

Jangan biarkan mereka mentafsirkan makna yang bukan kau mahukan.

Pandanglah tanpa memberi sebarang makna.

Rebahkan pandanganmu, renunglah setiap inci bumi,

nescaya kau berjaya menghindari dosa
yang cuba merapati mu.

Ukhti yang dikasihi..

Sesekali, mendongaklah ke langit dan lihatlah kerdipan bintang-bintang,

Nescaya akan kau temui berjuta keagungan ciptaan Rabbul A`lamin.

Betapa hidup ini berjalan di atas makna hikmah

dan terselindung daunan pengertian.

Hari-hari yang dilalui sebenarnya
menyembunyikan banyak hakikat dan makrifat.


Sedarlah,
Hidupmu ini hanyalah secebis daripada erti kehidupan.
Selamilah dasar hatimu dan berbisiklah pada diri.
Alangkah kosongnya jiwa, alangkah hinanya roh tanpa hiasan apa-apa.

Salutilah tubuhmu dengan iman.

Kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan.
Bersihkanlah hatimu, kemanisan iman sukar dikecapi
Tanpa janji Tuhan.

Jadilah seorang muslimah yang gemar merenung kejadian
yang berlaku dan memerhati hikmah dengan mata hati.
Muslimah sejati adalah mereka yang selalu berhikmah
dalam berkata-kata dan meletakkan perasaan rendah diri
sebagai asas mencari ketaqwaan.

Zuhud dalam pencarian dunia

dengan meletakkan tasawuf ke akhirat sebagai
pedoman serta melupakan sifat cintakan dunia yang berlebihan.

Serikandi muslimah sejati...

Alangkah baiknya di saat-saat kau dilanda musibah

Kau tega mengutip akar-akar kemelaratan

dan teguh mengukir senyum buat pengubat kerunsingan.

Tatkala kau dalam dilema permasalahan yang meruncing

serta kau berasa putus harap dengan dunia,

Maka sebutlah dan zikirlah berkali-kali ke hadrat Ilahi

Moga-moga kau bakal bertemu kedamaian.

Sucikan wajahmu dengan air wuduk dan

Basahkan matamu dengan airmata keinsafan.

Comments:

There are 0 comments for Sedikit Renungan Buat Hawa...

Post a Comment


halwa telinga